Thursday, April 9, 2009

SEMINAR DAN KURSUS FERTIGASI

Kazz Marketing menyediakan seminar dan kursus fertigasi kepada sesiapa yang berminat dalam bidang pertanian sistem fertigasi terutamanya Sistem Fertigasi 4 dalam 1 ini untuk membantu dan memberi panduan kepada para peserta  sebagai persediaan memulakan projek. 

Khidmat nasihat selepas seminar atau kursus juga disediakan agar segala masalah para peserta selepas projek dimulakan dapat diselesaikan. Kami juga menganjurkan lawatan ke ladang penanaman Sistem Fertigasi 4 dalam 1 yang diusahakan oleh usahawan yang berjaya.



Seminar Sistem Fertigasi (1 hari)

Seminar akan diadakan selama 1 hari, sesuai untuk peringkat permulaan bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian dan ingin memahami kaedah tanaman fertigasi. Segala kaedah dan teknik penanaman mengenai sistem fertigasi dan sistem Fertigasi 4 dalam 1 akan disampai untuk membantu para peserta memulakan projek penanaman.Lawatan ke ladang tanaman juga akan dibuat supaya peserta dapat melihat sendiri hasil dan kejayaan pengusaha sistem fertigasi ini.
  • Yuran Seminar       RM 250 termasuk (makan minum & nota)
  • Tempat                : D'Nelayan Beach Resort, Masjid Tanah,Melaka
  • Masa                    :  8pg-5ptg
  • Tapak Lawatan      :  Jln Persisiran Tg.Bidara


Kursus Penanaman Fertigasi (3 hari 2 malam)
Kursus  selama 3 hari 2 malam akan disampaikan oleh usahawan kami yang berjaya dalam penanaman fertigasi 4 dalam 1 ini dan beliau akan menerangkan secara terperinci mengenai kaedah penanaman fertigasi meliputi dari semua aspek penting dari segi penanaman dan pengurusan ladang. Para peserta juga diberi latihan praktikal di ladang fertigasi supaya apa yang disampaikan dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan.
  • Yuran Seminar     : RM 500 (penginapan,makan minum & nota)
  • Tempat              :  D'Nelayan Beach Resort, Masjid Tanah,Melaka
  • Tempoh  : 3 hari 2 malam
  • Masa                  : 8pg-5ptg
  • Tapak Lawatan    :  Bt.21 Kg Balik Batu,Tg.Bidara,78300 Masjid Tanah,Melaka.


PINJAMAN KEUSAHAWANAN

Kazz Marketing juga  memberi motivasi dan pendedahan serta pengetahuan mengenai hal-hal asas keusahawanan dan cara menyediakan kertas kerja yang baik ataupun rancangan perniagaan bagi membolehkan para peserta memohon pinjaman keusahawanan. 

No comments:

Post a Comment