Thursday, April 9, 2009

SISTEM FERTIGASI





PENGENALAN FERTIGASI 

Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Fertigation  salah satu daripada komponen chemigation (chemical & irrigation). Kimigasi(chemigation) adalah satu kaedah terkini dimana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan kimia dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan.

Fertigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman dimana baja (dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan. Kebanyakannya sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan renjis atau lain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain dalam teknik chemigation. 


KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI

  • Pembesaran pokok sekata disebabkan pemberian baja mengikut pertumbuhan pokok dan hasilnya tinggi
  • Pemberian baja tidak membazir disebabkan baja hanya diberi dalam kawasan zon akar yang diperlukan
  • Pokok tahan dari serangga penyakit bakteria yang berpunya dari dalam tanah kerana tanaman ditanam dalam polybeg.
  • Tanaman boleh diprogramkan mengikut musim dan tempat.
  • Kos pengendalian dan kaedah merumput dan meracun boleh dikurangkan dan dikawal.
  • Tidak memerlukan tenaga berat dan tanaman bersih dan persekitarannya indah dan cantik.
  • Hasil tinggi dan pendapatan lumayan kerana tanaman terpilih sahaja ditanam.
  • Hasil lebih tahan lama dan rasa yang lebih enak.
  • Boleh ditanam sepanjang tahun dan pulangan modal cepat.


SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1

Pernahkah anda dengar mengenai sistem fertigasi 4 dalam 1? Mungkin kedengaran agak luar biasa bagi sesiapa yang baru menceburi bidang pertanian,terutamanya kaedah sistem fertigasi kerana sistem fertigasi bukan lagi perkara asing lagi di Malaysia tetapi ternyata bahawa sistem fertigasi 4 dalam 1 ini adalah suatu inovasi baru dalam mempelbagaikan sistem fertigasi.
Tetapi percayakah anda bahawa sistem fertigasi 4 dalam 1 ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan dan berlipat kali ganda? Ya, memang benar. 


APAKAH SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1?

Sistem fertigasi 4 dalam 1 ini adalah satu langkah untuk memaksimumkan penggunaan ladang dan dalam masa yang sama mendapatkan hasil yang tinggi serta keuntungan yang lumayan dimana 4 jenis tanaman ditanam dalam satu kawasan yang sama melalui teknik atau kaedah yang berbeza. Selain dari itu :-

  • Tanaman secara tergantung
  • Tanaman atas tanah
  • Tanaman antara batas dan
  • Tanaman dalam polibeg

1.   Tanaman Secara Tergantung

Tanaman secara tergantung ialah tanaman dalam polibeg yang digantung pada para rumah lindungan dan jarak gantungan antara polibeg ialah 3 kaki.Media tanaman yang digunakan sama seperti media fertigasi biasa samada cocoapeat,peatmoss dan lain-lain. Semua jenis tanaman sesuai ditanam melalui keadah tergantung ini.

2.  Tanaman Atas Batas

Tanaman atas batas merupakan tanaman kaedah konvensional yang diterap ke dalam sistem fertigasi 4 dalam 1 ini yang mana batas dibina dibawah rumah lindungan hujan dan media dari polibeg yang telah digunakan boleh dikitar semula dengan mencampurkan media ke batas.

3.  Tanaman Antara Batas

Tanaman antara batas ialah tanaman diantara batas-batas yang dibina dan tanaman yang biasa ditanam ialah tanaman sampingan seperti kunyit.

4.  Tanaman Dalam Polibeg

Tanaman dalam polibeg seperti mana kaedah fertigasi yang biasa dan polibeg diatur ditepi kiri dan kanan batas untuk memaximumkan penggunaan tanah ladang.
Secara tidak langsung,dengan cara ini kita ibarat memperolehi hasil bersamaan 4 ekar ladang dengan cuma menanaman di ladang seluas 1ekar! Bukankah ini sesuatu yang menarik untuk diceburi?


KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI 4 DALAM 1

  • Menanam 4 jenis tanaman dari family yang berbeza.
  • Hasil tuaian sama seperti 4 ekar ladang untuk keluasan 1 ekar ladang.
  • Penggunaan baja yang efisyen dan jimat kerana air lebihan baja dari pokok tergantung semasa pembajaan akan mengalir ke tanaman atas batas.
  • Penggunaan tanah yang maximum. Secara tidak langsung akan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
  • Penjimatan dari segi penggunaan racun serangga dan penyakit yang berpunca dari tanah kerana tanaman tergantung berada pada paras 3 kaki dari tanah.
  • Kerja-kerja pembajaan dan kawalan racun lebih mudah dijalankan.
  • Pengeluaran hasil sistem fertigasi tergantung lebih tinggi berbanding sistem fertigasi biasa.

PRODUK KELUARAN KAZZ MARKETING

PENGENALAN

Kazz Marketing terlibat dalam bidang pembekalan produk-produk pertanian seperti set hidroponik, set fertigasi, baja cecair dan lain-lain.

Kami juga menganjurkan seminar atau program pertanian untuk bakal usahawan dan bakal usahawan serta memberikan khidmat nasihat,bimbingan selepas seminar kepada para usahawan berdasarkan pengalaman luas kami dalam bidang pertanian.


PRODUK  YANG DISEDIAKAN
  • Set Lengkap Sistem Fertigasi Kazz
  • Set Mini Sistem Fertigasi Kazz
  • Baja Cecair Kazz
  • Baja Fertigasi Kazz Set A & Set B
  • Set Hidroponik Kazz

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKANBold 
  • Seminar Fertigasi (1 hari)
  • Kursus Penanaman Fertigasi (3 hari 2 malam)
  • Program Keusahawanan Pertanian
  • Latihan Keusahawanan
  • Pinjaman Keusahawanan
  • Khidmat Nasihat & Bimbingan Selepas Kursus

Kami akan menggunakan pengalaman dan sumber yang ada untuk membantu individu serta syarikat yang baru atau telah menceburkan diri dalam bidang pertanian terutamanya sistem fertigasi untuk terus maju serta dapat menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan dalam merealisasikan seruan kerajaan Malaysia.

SEMINAR DAN KURSUS FERTIGASI

Kazz Marketing menyediakan seminar dan kursus fertigasi kepada sesiapa yang berminat dalam bidang pertanian sistem fertigasi terutamanya Sistem Fertigasi 4 dalam 1 ini untuk membantu dan memberi panduan kepada para peserta  sebagai persediaan memulakan projek. 

Khidmat nasihat selepas seminar atau kursus juga disediakan agar segala masalah para peserta selepas projek dimulakan dapat diselesaikan. Kami juga menganjurkan lawatan ke ladang penanaman Sistem Fertigasi 4 dalam 1 yang diusahakan oleh usahawan yang berjaya.



Seminar Sistem Fertigasi (1 hari)

Seminar akan diadakan selama 1 hari, sesuai untuk peringkat permulaan bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian dan ingin memahami kaedah tanaman fertigasi. Segala kaedah dan teknik penanaman mengenai sistem fertigasi dan sistem Fertigasi 4 dalam 1 akan disampai untuk membantu para peserta memulakan projek penanaman.Lawatan ke ladang tanaman juga akan dibuat supaya peserta dapat melihat sendiri hasil dan kejayaan pengusaha sistem fertigasi ini.
  • Yuran Seminar       RM 250 termasuk (makan minum & nota)
  • Tempat                : D'Nelayan Beach Resort, Masjid Tanah,Melaka
  • Masa                    :  8pg-5ptg
  • Tapak Lawatan      :  Jln Persisiran Tg.Bidara


Kursus Penanaman Fertigasi (3 hari 2 malam)
Kursus  selama 3 hari 2 malam akan disampaikan oleh usahawan kami yang berjaya dalam penanaman fertigasi 4 dalam 1 ini dan beliau akan menerangkan secara terperinci mengenai kaedah penanaman fertigasi meliputi dari semua aspek penting dari segi penanaman dan pengurusan ladang. Para peserta juga diberi latihan praktikal di ladang fertigasi supaya apa yang disampaikan dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan.
  • Yuran Seminar     : RM 500 (penginapan,makan minum & nota)
  • Tempat              :  D'Nelayan Beach Resort, Masjid Tanah,Melaka
  • Tempoh  : 3 hari 2 malam
  • Masa                  : 8pg-5ptg
  • Tapak Lawatan    :  Bt.21 Kg Balik Batu,Tg.Bidara,78300 Masjid Tanah,Melaka.


PINJAMAN KEUSAHAWANAN

Kazz Marketing juga  memberi motivasi dan pendedahan serta pengetahuan mengenai hal-hal asas keusahawanan dan cara menyediakan kertas kerja yang baik ataupun rancangan perniagaan bagi membolehkan para peserta memohon pinjaman keusahawanan.